Saturday 6 April 2013

Kecewa..patut ke?

Patut ke aku kecewa??
Memang sekarang hati, minda dan perasaan aku bergolak dengan isu ni. Patut ke aku kecewa? Betul ke perasaan, hati dan minda aku sekarang?
Tahla..aku tetap manusia..!!! Mana mungkin aku lari dengan perasaan ni. Aku tetap seorang isteri, mana mungkin aku tak kan terasa apa-apa bila pe yang bukan tanggungjawab aku, aku galaskan juga setiap masa. Bukan aku nak berkira, aku sentiasa bertolak ansur, sentiasa membantu..Tapi, aku terasa macam sekarang, akibat tindakan aku, tanggungjawab tu dilepaskan terus pada aku.
Mungkin jugak hati, perasaan dan minda aku salah. Menjadi salah dek kerana hasutan syaitan sebenarnya. Bila aku soalkan tentang tanggungjawab dia pada aku, soalan aku dijawab dengan pertanyaan yang berbalik. "sayang ingat tak tanggungjawab sayang pada abang?"Aku tau aku tak mungkin dapat menjadi isteri yang sempurna pada dia, tapi, setidak-tidak aku cuba untuk menjadi sempurna.
Aku tahu ini jodoh atas pilihan aku dengan takdir dariNya. Jadi, seharusnya aku cuba untuk terima dugaan ni. Inshaa Allah aku mampu!!

No comments:

Post a Comment